Tuesday 22 December 2015

PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

  • NUR' ATIKA BINTI AHMAD HAZARUDDIN (16DAT15F2010)

  • NUR HANNAH NABILA (16DAT15F2015)

  • NUR KHAIRINNISA BINTI MAT KHIR (16DAT15F2018)

PERISTIWA 13 MEI 1969

KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969

VIDEO 1.1 : KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969


SINOPSIS PERISTIWA 13 MEI 1969


Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam kalangan orang Melayu dan juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik seperti MCA, MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh dan lain-lainnya menyuburkan perasaan perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman ataupun keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak akan mendapat sambutan sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Walaupun Parti Gerakan pada asalnya namun hakikatnya parti ini dikuasai oleh orang-orang Cina.

Dalam peristiwa ini, DAP dan Parti Buruh merupakan kelompok yang paling kuat sifat perkauman. Walaupun Parti Gerakan  cuba untuk meneutralkan sifat perkaumannya namun parti in tetap memberi sumbangan kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Dalam kempen DAP dan Gerakan, persetujuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan telah dipersoalkan seperti hak-hak orang Melayu dan juga penggunaan bahasa Melayu. Peristiwa ini berlaku apabila parti Gerakan dan DAP memenangi pilihanraya di Kuala Lumpur. Pilihanraya tersebut berlaku pada 10 Mei 1969. Selepas pengumuman kemenangan tersebut, penyokong parti Gerakan dan DAP telah melakukan perarakan tanpa permit sehinggalah malam 12 Mei. Dalam perarakan yang disertai oleh kaum Cina itu, pelbagai perkataan yang menyinggung perasaan orang Melayu telah dikeluarkan seperti “Melayu Mati”, “Malai Si”,”Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya”, “ Melayu Balik Kampung”, “Halau Semua Polis” sehinggalah menunjukkan kemaluan mereka. Perarakan yang diadakan oleh DAP dan Gerakan ini lebih kepada perarakan perkauman dan bukannya perarakan untuk menyambut kemenangan. Mereka telah berarak pada 11 Mei hingga malam 12 Mei secara haram dengan melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale yang merupakan kawasan orang Melayu yang juga merupakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur. Oleh itu, Tun Dr Ismail telah mengatakan bahawa sistem demokrasi telah mati ditangan parti pembangkang.

Dalam pilihanraya 1969, pembangkang telah memenangi sebanyak 51.5% undi berbanding dengan Perikatan yang hanya menang sebanyak 48.5% undi sahaja. MCA pada kali ini kalah teruk dan Perikatan hanya bergantung kepada kekuatan UMNO sahaja. Namun keengganan Gerakan untuk mewujudkan kerajaan campuran telah menyebabkan Perikatan masih berkuasa di Negeri Selangor.

Perarakan yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum Cina telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu tambahan pula mereka merasakan mereka hampir hilang kuasa di bumi sendiri. Melihat perarakan yang diadakan oleh pihak pembangkang ini telah menyebabkan orang Melayu risau dengan masa depan yang akan mereka hadapi. Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai tindak balas kepada pihak pembangkang. Oleh itu, Haji Ahmad Razali telah mencadangkan supaya diadakan satu perarakan orang Melayu bagi meraikan kemenangan UMNO dan perarakan ini mendapat kebenaran daripada Datuk Haji Harun Idris yang merupakan Menteri Besar Selangor.

Rumah Menteri Besar telah dijadikan pusat untuk berkumpul oleh pemuda Melayu. Khabar angin yang menyatakan akan berlaku rusuhan kaum tersebar menyebabkan orang Melayu yang menyertai perarakan tersebut telah menyediakan senjata bersama mereka seperti parang, keris, buluh runcing dan lain-lain bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pergaduhan berlaku di Setapak dengan cepat telah merebak ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baharu, Pudu dan Kampung Pandan. Ramai yang terkorban dalam rusuhan ini sehingga Yang Di Pertuan Agong terpaksa mengistiharkan darurat di Kuala Lumpur. 
          
           Keadaan yang genting tersebut, telah menyebabkan Tuanku Yang Di-Pertuan Agung telah mengistiharkan darurat atas nasihat Tunku Abdul Rahman. Sebuah majlis iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan melantik Tun Abdul Razak sebagai pengerusi dan Tun Abdul Razak pula melantik Tun Dr Ismail sebagai Timbalan Pengerusi MAGERAN. Tun Dr Ismail pada waktu dalam keadaan uzur dan cuba mendapatkan rawatan di London, namun terpaksa dibatalkan apabila Tun Razak meminta beliau membantunya dalam menangani masalah rusuhan tersebut. Parlimen kembali berfungsi pada 23 Febuari 1971 dan sistem demokrasi mula dipulihkan. Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Tun Abdul Razak. Peristiwa 13 Mei tersebut dan juga slogan Malaysia Malaysian telah membunuh sistem demokrasi negara selama 22 bulan.



PENGENALAN



Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif  telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti Gerakan dan DAP. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969.



GAMBAR RAJAH 1.1 : SEJARAH HITAM 13 MEI 1969


GAMBAR RAJAH 1.2 : PARTI GERAKAN DAP







Punca-Punca Yang Membawa Kepada

 Peristiwa 13 Mei 1969


1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini kerana Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini telah menyebabkan perasaan dendam antara satu sama lain. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

GAMBAR RAJAH 1.3 : LAYANAN KEJAM ORANG JEPUN TERHADAP ORANG MELAYU


2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum dari sudut ekonomi dan masyarakat. Contohnya, orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India pula tinggal di kawasan estet sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.


3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

GAMBAR 1.4 : PENDIDIKAN MELAYU HANYA PADA PERINGKAT RENDAH


4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia” dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .


5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .


6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.



PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969.


1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi

Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum kita bertindak.  Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.  




2. Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan

Bersederhana


Semua pihak seharusnya menerima kemenangan atau kekalahan dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini dan agrefsif. Oleh itu, tak kira sama ada kita kalah atau menang, konsep kesederhanaan perlulah dititik beratkan.


3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum


Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita jika hubungan antara sesama kaum tidak wujud.




4. Betapa Pentingnya Kesatuan  

Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan dikemudiankan. Jika semua kaum bersatu sudah pasti penjajah tidak berani untuk mengambil kesempatan ke atas negara kita.



KESAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969


1. KESAN POLITIK :

Penjajah Inggeris telah mengubah sistem pemerintahan negara yang asalnya taat dan patuh pada pemerintahan raja dan sultan. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan dan memperkenalkan sistem residen yang berfungsi sebagai penasihat British dan pungutan cukai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman.

2. KESAN EKONOMI :

Sebelum negara dijajah, masyarakat mengamalkan sistem ekonomi tradisional seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.

3. KESAN PENDIDIKAN :

Disebabkan British telah mengasingkan masyarakat Tanah Melayu mengikut kaum, pendidikan di negara kita  juga telah diasingkan mengikut kaum dan ketidaksamarata sistem. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.

4. KESAN SOSIAL :

Sosial di negara pada masa itu juga turut terjejas disebabkan ketidaksefahaman antara kaum Cina dengan kaum Melayu kerana kaum Cina kurang mendapat perhatian di hati penjajah. Kaum Cina juga turut ditindas dengan begitu kejam pada zaman pemerintahan Jepun. Hal ini menyebabkan setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak serta tidak sependapat.


KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.


RUJUKAN

1. http://peristiwamei1969.blogspot.my/

2. http://malaysiakamu.blogspot.my/2010/05/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei.html

3. http://www.cikguhailmi.com/2013/05/13-mei-sejarah-penting-malaysia-yang.html

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

5. Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima (m/s 332-335)

2 comments:

  1. Lucky Casino Online: Review, Bonus & Facts - Oklahomacasinoe
    Lucky Casino 윈윈벳 먹튀 is 우리계열 a great place to play 저녁밥 추천 and test your luck in 먹튀검증 abc-1111 the online gambling industry. It offers a wide variety of games, bonuses, 가입시 꽁머니 환전

    ReplyDelete
  2. Casino.com, Las Vegas - Mapyro
    Compare reviews, opening hours and a 고양 출장마사지 parking map of 광주 출장샵 Casino.com (3399 West 남양주 출장샵 Flamingo 안산 출장마사지 Road, Las 김천 출장샵 Vegas, NV 89109) with Mapyro.

    ReplyDelete